Sunday 13 May 2012

kahwin muda





Kahwin  muda? Takut @ seronok,,,,ermmmm…. Kalau zaman dulu2 mesti kena kahwin awal. Umur  baru 15, 16 taun dah nk kena kahwin lagi-lagi anak dara. Time 2 da kira wajib kahwin dah. Mak dengan ayah da bising-bising suh kahwin. Macam-macam alasan dorang bagi, nk blaja pun x sempat abis ag dah suh kahwin. “buat ape blaja tinggi-tinggi, nanti-nanti duk ceruk dapur gak”,,,, antara alasan mak ayah suh kahwin awal.

Tapi masa sekarang ramai orang dah kahwin awal. X kisah lah masih belajar pun. Yela kan buat ape harus takut dan tangguh-tangguh kalau dah sama-sama cinta. Kahwin jela. Lagipun, banyak faedah yang kita dapat selain boleh elak maksiat kan…hahaha

Faedah kahwin awal

1.     Tuntutan agama
Dalam islam, ummatnya digalakkan menyegerakan perkahwinan sekiranya sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin. Berkahwin juga adalah sunnah nabi Muhammad s.a.w. seiring dengan matlamat utama perkahwinan untuk meningkatkan bilangan umat islam. Yang pentingnya, kita berkahwin atas tuntutan agama bukan sekadar kemahuan nafsu semata-mata.

2.     Mengelak daripada maksiat

Bercinta sudah menjadi fenomena muda mudi sekarang. Bercinta bukan sekadar perasaan semata-mata tetapi sangup buat apa sahaja semata-mata kerana cinta sehinggakan sanggup bergadai maruah demi pasangan tercinta. Mereka sentiasa ingin bersama sampaikan sanggup lepak tengah-tengah malam. Dengan ini boleh menyebakan maksiat apabila  sering berdua-duaan. Macam kita sedia maklum la, kalau dah berdua-duaan mesti ada syaitan yang menghasut. Kesan seperti zina, buang bayi dan sebagainya mesti terjadi. Jadi seeloknya berkahwinlah bagi menghindarkan gejala buruk ini terjadi.

3.     Menjadi lebih bertanggugjawab dan matang

Kalau dah kahwin mestilah seseorang itu menjadi lebih bertanggugjawab dan matang kerana ada tangungan yang perlu dijaga. Dengan berkahwin juga, hidup mereka menjadi lebih terurus dan tidak terumbang-ambing kerana sudah ada teman yang saling  menemani . selain itu status suami @ isteri atau ibu dan juga mampu mematangkan seseorang.

4.     Rezeki bertambah

Ada sesetengah orang itu takut nak kahwin sebab x cukup duit. Ada juga yang berfikir bebab kewangan makin bertambah bila kahwin. Yela, mana nak sara diri sendiri, isteri lagi, anak-anak pula. Kan nak kena ada banyak duit 2. Sebenarnya persepsi macam 2 salah sama sekali. Berkahwinkan adalah suruhan Allah, maka Allah akan melimpahkan rezeki bagi ummat yang mengikut suruhannya..


Jadi, pada pendapat saya tidak salah kawin muda malah dituntut lagi bagi mengelak diri daripada maksiat. Selain itu juga, kehidupan akan lebih terjamin dengan adanya perkahwinan. Oleh itu, bagi pasangan yang sedang bercouple, bolehlah mula merancang perkahwinan anda,,,,





nikah gantung


Nikah dan kahwin adalah sunnah dan merupakan perkara yang disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w. nikah juga adlah untuk memenuhi keperluan fitrah manusia yang mempunyai keinginan untuk berkahwin. Ini berikutan tuntutan nafsu dalam diri mereka. Jadi untuk memuaskan nafsu dan tuntutan fitrah ini, manusia diwajibkan berkahwin.


Dalam islam perkahwinan bermula dengan lafaz akad nikah maka sahlah pasangan tersebut sebagai suami isteri. Tapi bagi segelintir rakyat Malaysia mengamalkan ‘nikah gantung’. Nikah ini tidak terdapat dalam islam dan juga tidak dikira sebagai adat perkahwinan melayu.

Nikah gantung adalah dimana pasangan pengantin dinikahkan mengikut cara dan hukum islam tetapi ditangguhkan untuk tinggal bersama atas sebab menagguhkan majlis walimatulurus.

Fenomena ini terjadi kerana atas permintaan orang tua salah satu pihak yang ingin menagguhkan majlis walimatulurus dan melarang anak mereka bersama kerana dikhuatiri hilang seri apabila melangsungkan majlis persandingan nanti.


Perlu ke nikah gantung ni,,,,Pada pendapat saya, adat nikah gantung ini tidak patut diamalkan kerana matlamat utama perkahwinan adalah untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Jadi, kenapa patut dihalang hubungan mereka sedangkan mereka sudah sah berkahwin mengikut islam dan halal.







Rumah tangga bahagia



bahagia akan kekal sampai bila-bila lah. Semua pasangan nak bahagia tidak kira lah yang baru kahwin atau Ermmm…. rasa epy jer lps kahwin. Yela dah dpt pasangan hidup mane tak bahagia kan… harap-harap yang dah lama. Bahagia tak datang bergolek dan tak juga secara semulajadi. Kita kene usaha dan bagi kerjasama untuk dapat kebahagiaan itu. Dalam pasangan suami isteri, kedua-dua pihak kena saling main peranan. Kalau satu pihak jer yang bagi komitmen, kebahagiaan susah nak gapai….sini ada beberapa tips untuk pasangan amalkan bagi mendapat kebahagiaan yang kekal.





Komunikasi


gambar hiasan

Komunikasi penting dalam hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia bermula dengan komunikasi yang baik. Komunikasi dalam pasangan suami istrei mestilah dengan cara yang sesuai seperti bercakap dengan lembut, elak salah faham, guna percakapan yang baik dan mesra dan sebagainya. Tanpa komunikasi yang baik dan sesuai pasti akan menimbulkan masalah seperti cemburu, salah faham dan pergaduhan. Selain itu guja, komunikasi adlah cara yang paling sesuai bagi pasangan meluahkan perasaan masing-masing. Lauhan perasaan perlu kerana ingin menyatakan apa yang terpendam dalam hati mereka. Jadi, komunikasi yang baik dan berkesan perlu dipraktikkan kerana ia mampu mewujudkan kebahagiaan dalam rumahtangga.


Kejujuran

Jujur adalah perkara yang tersangat pentingnya. Bila amalan jujur dipraktikan rumahtangga akan bahagia kerana pasangan saling jujur. Bila bersikap jujur, pasangan akan rasa dihargai dan tidak dianiaya. Jujur 
juga adalah dengan tidak menipu dan berterus –terang tentang sesuatu perkara. Jujur dan berterus-teranglah tentang sesuatu perkara kerana dapat membantu pasangan tersebut sentiasa tenang dan tidak wujud rasa curiga dan salah faham kerana adanya kejujuran. Sometime, mungkin ada perkara yang membuatkan pasangan agak terasa kerana sikap tidak jujur dan mencetuskan syak wasangka yang akhirnya boleh mencetuskan pergaduhan.





Kepercayaan

Kepercayaan adalah satu proses yang perlu dibina kerana ia tidak akan wujud dengan sendirinya. Anda kena mendapatkan dan memberi kepercayaan pada pasangan anda. Kepercayaan adalah rasa percaya seseorang itu terhadap pasangan nya sendiri. Dengan adanya kepercayaan antara pasangan , perkara negative dalam hubungan pasti dapat diatasi dengan mudah. Ini akan memastikan rumahtangga anda akan tenang dan sentiasa bahagia. Rasa cemburu, masalah curiga dan syak wasangka dapat ditepis dengan mudah dengan adanya kepercayaan antara pasangan.


Hormat-menghormati

gambar hiasan
Elemen yang membolehkan rumahtngga kekal bahagia. Setiap manusia akan gembira dan ingin dihormati. Ia secara automatiknya akan memupuk rasa menghormati dalam dirinya untuk orang lain juga. Apabila perasaan hormat wujud antara kedua belah pihak, pasti setiap perkara yang dilakukan dan kata-kata yang diucapkan akan lebih terbatas dan penuh rasa hormat yang pasti akn mengembirakan hati setiap pasangan.


So, inilah tips yang penting diamalkan untuk mendapatkan rumahtangga yang bahagia,,,,jadi amal-amalkanlah.   


Thursday 10 May 2012

pilihlah calon pasangan

“Dinikahi seorang wanita kerana empat perkara iaitu harta, keturunan, rupa paras dan agamanya. Utamakanlah yang punya agama, kamu akan memperoleh keuntungan”
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim



Penting ke pilih calon mase nak kahwin? Ermm... haruslah pilih. Perkahwinan ni benda serius x leh wat main-main. Pemilihan calon pasangan yang tepat dan memenuhi cita rasa amat mustahak supaya bahtera yang dilayari akan belayar dengan aman dan tenteram menuju ke destinasi kebahagiaan. Pilihlah pasangan yang sesuai dengan kita dan berhati-hatilah masa memilih.


gambar hiasan

Sini tip pilih isteri menurut islam

1)  Wanita solehah

Wanita solehah adalah yang taat pada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suaminya. Wanita solehah juga yang akan mentaati suami-suami mereka, memelihara dan menjaga maruah dan harta benda suaminya semasa ketiadaannya. Wanita yang solehah juga adalah seorang yang beriman dan yakin mampu membantu suami berjalan diatas jalan yang diredhai Allah swt. Isteri yang mentaati suami sebenarnya mentaati Allah swt. Oleh itu, sebagai seorang lelaki patutlah mencari isteri yang solehah.


2) Wanita yang punya rupa

Rupa paras juga diambil kira dalam pemilihan. Tapi, ia bukan perkara asas yang diambil kira. Yang paling penting adalah agama. Kalau  seorang itu ada unsur cantik dan beragama maka perempuan inilah merupakan pilihan yang terbaik. Kalau ada rupa paras yang cantik tapi tak beragama boleh memusnahkan kehidupan.


3) Anak dara

Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan supaya memilih anak dara untuk dijadikan pasangan hidup. Pemilihan anak dara lebih baik dari segi tutur katanya seperti lemah lembut, sifat malu yang selalu ada pada seorang anak dara. Anak dara juga masih segar dan bersedia untuk memberikan zuriat yang ramai. Begitu juga dari segi kebendaan, anak dara biasanya lebih bersifat sederhana.





4) Zuriat yang subur

Islam menggalakkan kepada umat yang berkualiti juga mengharapkan kuantiti yang ramai. Antara tujuan perkahwinan adalah untuk meneruskan zuriat keterunan manusia disamping anak-anak adalah pengikat kasih sayang pasangan suami isteri.


5) Keturunan dan status sosial

Asal keturunan yang baik dan mulia juga menjadi salah satu kriteria dalam memilih calon isteri yang baik. Factor ini diambil kira apabila faktor agama menjadi asas dan keutamaan. Maksudnya seseorang yang beragama yang mempunyai keturunan mulia, itulah calon pilihan utama. Keluarga yang kuat pegangan dan amalan agamanya akan melahirkan warga yang patuh dan taat kepada Allah. Wanita yang dilahirkan dari keluarga beragama akan lebih mudah memberikan didikan dan asuhan agama kepada anak-anaknya pula.


6) Tiada hubungan kekeluargaan yang dekat

Digalakkan memilih pasangan hidup dari wanita yang tiada hubungan kekeluargaan adalah asas untuk melebarkan hubungan  persaudaraan. Ia juga adalah untuk untuk menambah kekuatan kerjasam dan persepakatan yang lebih luas. Ada pandangan menyatakan bahawa berkahwin dari kalangan keluarga dibimbangi akan melahirkan zuriat dan keturunan yang lemah.



Pilihlah ciri-ciri wanita tersebut nescaya akan dapat kebahagiaan dalam rumahtangga. Wanita juga boleh memilih pilih lelaki mengikut cirri-ciri yang dinyatakan juga.

Tuesday 8 May 2012

Komunikasi suami isteri

Pada era teknologi yang canggih pada masa kini, suami dan isteri boleh sentiasa berkomunikasi walau dimana mereka berada. Jika dibandingkan dengan masa dahulu, komunikasi hanya boleh berlaku melalui pertuturan atau percakapan dan melalui bahasa tubuh seperti angguk, geleng dan sebagainya. Tapi, sekarang penggunaan perantaraan komunikasi seperti pengunaan telefon dan media massa seperti facebook dapat membantu manusia berkomunikasi. Dengan itu, alat komunikasi ini dapat menghubungkan setiap manusia dengan cara yang paling mudah.

komunikasi yang baik dapat kukuhkan kebahagiaan dalam rumahtangga


Dalam islam sendiri, terdapat garis panduan dalam berkomunikasi bagi pasangan suami isteri agar dapat menambahkan kebahagiaan dalam pasangan. Berdasarkan firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 86 yang bermaksud  “ Dan apabila kamu diberikan penghormatan denagn sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

Semasa berkomunikasi suami isteri hendaklah mempunyai matlamat yang baik dan menggunakan cara yang berkesan. Matlamat yang baik boleh dicapai melalui nasihat, memberikan peringatan, khabar menggembirakan dan pendidikan. Memandangkan penyampaian mesej kepada pasanagan adalah sebahagiaan dari komunikasi, mesej yang hendak disampaikan mestilah jelas, mudah difahami, serta menggunakan perkataan yang sesuai.

Cara berkomunikasi yang berkesan

·        Bersopan santun dan berlemah lembut semasa berkomunikasi terhadap pasangan

·        Memanggil pasangan dengan panggilan yang mesra dan sesuai
·        Bertolak ansur ketika bercakap

·        Mendengar dengan aktif dan mengelak dari prasangka buruk

·        berkomunikasi mengikut keadaan dan masa yang sesuai

·        memberikan tumpuan ketika berinteraksi

·        memberi dan menerima teguran dengan bijaksana

·        berbincang secara berhemah ketika dilanda masalah

·        mengelakkan mengunakan perkataan yang buruk




komunikasi dan interaksi dalam setiap perhubungan itu penting kerana ia boleh membahagiakan pasangan. Dengan pengunaan pertuturan yang baik dan berhemah mampu meningkatkan rasa kasih sayang dan dapat mengeratkan hubungan antara pasangan.


Tuesday 24 April 2012

bahtera bahagia



Apabila lafaz akad nikah selesai maka bermulalah tanggungjawab sebagai suami isteri. Tanggungjawab ini wajib difahami oleh suami isteri bagi memastikan mahligai rumah tangga yang baru dibina dapat dikemudikan dengan bahtera sejahtera. Dalam islam telah mengarisakn beberapa panduan untuk pasangan suami isteri bagi menjaga kerukunan rumah tangga mereka.

Tanggugjawab ini juga merupakan amanah dari Allah, jadi seharusnya dipegang dengan sebetulnya. Bukan mudah untuk menjadi suami dan isteri yang solehah sekiranya mengabaikan amanah dari Allah. Jadi setiap pasangan hendaklah menjalankan tanggungjawab masing2  bagi menzahirkan impian suami dan isteri solehah.

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Tanggungjawab kepada isteri:
 1)  Memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri
 2)   Member mahar atau mas kahwi  kepada isteri seperti yang diwajibkan oleh syarak
3) Memelihara rahsia isteri dan ahli keluarga
4) Menyara keperluan hidup untuk keluarga seperti makanan, minuman, tempat tinggal mengikut kemampuan
5) Member pendidikan agama
6) Menjaga keselamatan rumahtangga dan keluarga
7) Memberi kasih sayang kepada isteri dan sanggup berkorban demi kebahagian isteri
8) Adil kepada semua isteri sekiranya berpoligami
9) Menjadi contoh ketua keluarga yang baik

Jabir melaporkan dalam satu hadis yang bermaksud
“dan untuk kaum wanita atas kaum lelaki berbelanja makan dan pakaisecara berpatutan












Tanggungjawab isteri

  •       Wajib mentaati suami selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak
  •        Melayani kehendak suami dan keperluan zahir dan batin
  •       Memberi kasih sayang kepada suami
  •       Menghiaskan diri demi kebaikan rumahtangga dan suami
  •     Memelihara rahsia suami dan keluarga
  •         Menjaga kehormatan sepanjang masa da mengelak fitnah terutamanya ketiadaan suami dirumah
  •      Tidak meninggalkan rumah tanpa kebenaran suami dan tidak menimbulkan kemarahan suami
  •     Memberikan pendidikan yang sesuai kepada anak-anak
  •      Menjaga kebersihan diri, anak-anak dan rumahtangga
  •       Bersama dengan suami memimpin ahli keluarga supaya mendapatkan keredhaan Allah
  •       Meminta izin dengan suami untuk berpuasa sunat



Tanggugjawab bersama


1)     Hormat menghormati antara suami isteri

2)     Saling mempercayai dan jujur dalam semua perkara

3)     Bersabar dalam semua perkara begi menghadapi kehidupan rumahtangga

4)     Berusaha menjadikan rumah tangga sentiasa dalam keadaan baik

5)     Memelihara rahsia ahli keluarga

6)     Memberikan pendidikan yang sesuai kepada anak-anak

7)     Berkorban demi kepentingan bersama













Keluarga bahagia menjadi matlamat  dan impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jadi seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu yang berlandaskan syarak sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Setiap tanggungjawab hendaklah dilaksanakan mengikut landasan yang betul bakal menjamin kebahagian dalam kelurga. 

mahar vs hantaran

“Jangan nak menggatal, tunggu habis belajar dulu baru boleh kawin. Tunggu dia sudah bekerja, ada tanah, ada rumah, ada kereta baru boleh kawin.” Leteran si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa untuk berumah tangga.


Menurut  islam hanya ada istilah mahar dan mas kawen jer. Tak der pun istilah hantaran yang ada pada era global ni,, Nak2 ag istilah serba satu, serba dualah, belanja hangusla mne ada,,,,merepek jr kn...wt org laki tkut nk kawen jr!!!



"....dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian itu mencari isteri-isteri dengan harta kamu untuk dikahwini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) diantara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai satu kewajipan,,,,,,,"

surah an- Nisa'





 Lau nak tau orang laki hanya wajib sediakan mahar dan mas kahwin sahaja berpandukan pada dalil diatas. pembayaran mahar dari suami kepada isteri adalah sebagai tanda kesungguhan cinta dan rasa tangugjawab yang bakal digalas. Ia tidak diaanggap sebagai bayaran atau habuan atas kesudian isteri menerima si suami. mahar wajib dibayar kerana ia adalah syarat sah kahwin dan mestilah dibayar mengikut permintaan isteri tetapi mengikut kemampuan suami la gak...Suami leh bayar mahar dalam bentuk barang atau manfaat. Tapi masa sekarang ramai yang bayar pakai duit..

Suami diharuskan menyegerakan pembayaran tapi lau nak tangguh pun takpe. Nak bayar secara tunai atau hutang dibolehkan mengikut kemampuan si suami. Orang islam dituntut memudahkan mas kawin begi memastikan perkahwinan dapat dilangsungkan. Ibubapa seharusnya memainkan peranan dalam memudahkan perkahwinan sekali gus boleh menjaga kehormatan anak-anak.

Dalam islam juga tidak ditentukan kadar mahar. Apa sahaja yang harta boleh dianggap sebagai mahar. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Perkahwinan yang paling besar berkatnya adalah yang paling rinagan maharnya".....

Hantaran adalah tradisi bagi masyarakat melayu yang terkenal dengan adat. tidak ada satu dalil pun dalam al-Quran atau hadis tentang kewajipan memberi hantaran pada pengantin perampuan. Jadi, tidak perlulah diadakan hantaran kerana ianya akan memudaratkan kaum lelaki sahaja. Lau nak gak boleh tapi biarlah berdasarkan kemampuan suami.






lau nak ikut zaman sekarang ini, sume orang nak hantaran yang mahal. malah ada gak yang nak berlumba-lumba nak dapat yang lebih mahal. Ada juga yang letakkan hantaran yang mahal menjangkaui kemampuan suami sampai terpaksa berhutang. Kesiannya la,,,,,,,

Pada pendapat saya lah, cukuplah sekadar mahar yang telah ditetapkan dalam islam. Membazir juga kalau berlebih-lebih dalam berbelanja untuk majlis perkahwinan kerana kita masih memerlukan duit untuk meneruskan hidup. daripada membazir semasa majlis kahwin baik disimpan duit 2 untuk kegunaan masa depan. lagipun nabi Muhammad s.a.w lebih suka ummatnya bersederhana dalam perkahwinan.